- Melakukan solat
Sewaktu berhadapan dengan situasi gempa umat Islam disarankan untuk melakukan solat. Ianya seperti melakukan solat khusuf. Al-Rafi„i dalam kitabnya al-Tadwin Fi Akhbar al-Qazwini, ada menyatakan
: و عز كجل كراجعوا كصلوا َّ “فإذا رأيتم كسوفا أك زلزلة فافزعوا إَل الل ْلا صَلة الكسوؼ كاذا كانت زلزلة فقولوا على أثر صَلة الكسوؼ “
Maksudnya: Apabila kalian melihat gerhana atau gempa, maka hendaklah kalian memohon perlindungan kepada Allah dan kembalilah serta lakukanlah solat khusuf dan jika berlaku gempa maka katakanlah berdasarkan solat khusuf.
Tindakan ini juga pernah dilakukan oleh Saidina Ali bin Abi Talib ketika berlaku kejadian gempa bumi. Kaedah solat tersebut ialah dengan melakukan enam kali ruku‟ dan empat kali sujud.
Dalam membicarakan hal ini Imam Syafie berpendapat bahawa solat ini hendaklah ditunaikan secara individu dan bukan berjamaah.
Solat tersebut boleh ditunaikan pada bila-bila masa apabila berlaku kejadian gempa bumi walaupun pada masa yang dilarang melakukan solat.
Seterusnya pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz turut pernah terjadi bencana gempa bumi. Justeru beliau juga turut memerintahkan rakyatnya untuk keluar ke kawasan lapang pada masa yang ditetapkan bagi melakukan solat.
- Berdoa
Umat Islam hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t dalam apa juga situasi terutama semasa menghadapi bencana supaya sentiasa berada di dalam perlindungan dan rahmat Allah s.w.t. Ketika kejadian bencana gempa umat Islam disarankan supaya membaca doa istighfar tiga nabi yang terdahulu iaitu Nabi Adam, Nabi Nuh dan Nabi Yunus seperti yang telah dinyatakan di dalam kitab huliyyatul Auliya‟:
Maksudnya: Dan berdoalah seperti doa bapa kamu(Adam): keduanya berkata: “Ya Tuhan Kami,kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.
Dan berdoalah seperti doa Nabi Nuh: dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi.”
Dan berdoalah seperti doa Nabi Musa: tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
- Bertaubat
Amalan bertaubat juga hendaklah dilazimkan di dalam setiap diri individu muslim. Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
Justeru, ketika berlakunya kejadian bencana kita hendaklah sentiasa memohon keampunan serta bertaubat kepada Allah s.w.t. Ini kerana lazimnya apabila berlaku bencana berbentuk musibah adalah akibat tindakan manusia yang lalai menjalankan amanah Allah dan melakukan kesalahan serta kesilapan dengan melanggar perintah Allah s.w.t.
Perkara tersebut turut disarankan oleh khalifah Umar bin Abdul Aziz sewaktu berlakunya kejadian gempa bumi semasa zaman pemerintahannya. Beliau telah bertindak mengutus surat kepada pegawai di seluruh daerah supaya memerintahkan kaum muslimin memohon keampuan dan bertaubat kepada Allah s.w.t.
- Berzikir
Maka saat terjadi gempa atau peristiwa lain, seperti gerhana, angin ribut atau banjir, wajib segera bertaubat kepada Allah dengan merendahkan diri kepada-Nya dan memohon kesihatan serta kesejahteraan kepada-Nya, memperbanyakkan zikir dan istighfar.43 Menurut Imam as-Suyuthi di dalam kitab karangannya bertajuk Kashfu al-salsalati „An wasfi al-zalzalah dengan cara berzikir dapat menghindarkan bencana dan juga azab Allah s.w.t. Semua perkara tersebut amat bertepatan dengan saranan Nabi s.a.w ketika terjadi gerhana: Sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya: Telah menceritakan kepada kami Abu „Amir AlAsy„ari Abdullah bin Barrad dan Muhammad bin al-„Ala keduanya berkata telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Buraid dari Abu Burdah dari Abu Musa ia berkata; Pada zaman Nabi s.a.w telah terjadi gerhana matahari, beliau terkejut dan bergegas berdiri kerana takut kalau-kalau terjadi kiamat. Sampai beliau masuk ke dalam masjid dan melaksanakan solat dengan berdiri, rukuk dan sujud yang panjang sekali, aku belum pernah lihat memanjangkan bacaan sekian lama sebelumnya, Kemudian beliau bersabda: “Sesungguhnya semua tanda-tanda yang dikirimkan oleh Allah ini bukanlah disebabkan oleh meninggalnya atau lahirnya seseorang, akan tetapi Allah mengirimkan untuk menakutakutkan hambaNya. Oleh sebab itu jika kalian melihatnya maka bersegeralah berzikir mengingati Allah, memanjatkan doa kepada-Nya serta memohon keampunan-Nya.
Kaum muslimin turut digesa memperbanyakkan bertasbih seperti ketika diserang wabak taun kerana amalan tersebut dapat melindungi diri daripada azab. Di samping itu, hendaklah memperbanyakkan takbir seperti ketika berlakunya kebakaran serta memperbanyakkan selawat ke atas Nabi s.a.w kerana ianya menjadi pelindung daripada segala bala bencana dan kejahatan.
- Melakukan kebajikan
Melakukan amal kebajikan merupakan antara amalan yang amat dituntut oleh ajaran Islam. Pelbagai bentuk amal kebajikan boleh dilakukan. Antara amal kebajikan tersebut ialah dengan bersedekah. Amalan bersedekah dapat menghapuskan sebahagian kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh manusia. Lantaran itu, bencana dan malapetaka dapat dihindarkan kerana kesalahan tersebut telah mengundang kepada berlakunya pelbagai bencana. Firman Allah s.w.t: uä!#ts) à ø9$# 6Zt Al-Baqarah 2: 271 Terjemahan: Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian itu adalah baik (kerana menjadi contoh yang biak). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu, dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahan kamu. Dan ingatlah, Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Rasulullah S.A.W bersabda :
Terjemahan: Daripada Muaz bin Jabal berkata: “…Wahai Rasulullah terangkan kepadaku suatu amalan yang boleh memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka”. Baginda bersabda: “Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara yang besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan Allah. iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. Kemudian Baginda bersabda: “Mahukah kamu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan? Puasa itu perisai, Sedekah itu memadamkan (menghapuskan) kesalahan sebagaimana air memadamkan api…”
Amalan ini hendaklah dilazimkan di dalam kehidupan seharian seorang insan tanpa mengira tempat dan masa. Umat Islam digalakkan supaya banyak bersedekah sebagai tanda bersyukur di atas nikmat Allah s.w.t dan untuk menghindar bala menimpa. Justeru, ketika berlaku bencana gempa disarankan melakukan kebajikan dengan bersedekah. Amalan tersebut adalah berdasarkan amalan ketika berlaku kejadian gerhana. Khalifah Umar bin Abdul Aziz turut menyarankan kepada rakyatnya supaya bersedekah ketika berlakunya bencana gempa bumi.
- Berpuasa
Umat Islam juga turut digalakkan melakukan puasa sunat apabila berhadapan dengan sesuatu bencana. Amalan berpuasa akan dapat membersihkan rohani seseorang individu daripada sifat-sifat keji seperti sifat tamak, sombong, hasad dengki dan mementingkan diri sendiri. Seterusnya akan menyemai sifat-sifat terpuji di dalam diri seperti sabar, ikhlas, kasih sayang dan pemurah. Lantaran itu, al-Rafi„i menyarankan di dalam kitabnya al-Tadwin Fi akhbar al-Qazwini supaya melakukan puasa sunat isnin dan khamis apabila terjadi banyak peristiwa kejadian gempa berlaku.