Nabi SAW bersabda:
خَيْرُ الد عاَءِ دُعاَء يوَْمِ عَرَفةَ
Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”
[Riwayat Imam Tirmizi]
DOA HARI ARAFAH
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :
مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ -رواه البخاري
Maksudnya: “Barang siapa yang membaca
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ’
(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu),
sebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 ORANG HAMBA, ditetapkan baginya 100 KEBAIKAN dan dijauhkan daripadanya 100 KEBURUKAN dan baginya perlindungan daripada (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya daripada orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat mengamalkan lebih banyak zikir ini”.
, melalui hadis ini antara fadilat yang akan diperolehi ialah:
1) Ditulis bagi yang mengamalkannya 100 kebaikan.
2) Dijauhkan daripada yang mengamalkannya 100 keburukan.
3) Mendapat perlindungan daripada godaan dan gangguan syaitan.
4) Tidak ada orang yang lebih baik amalannya daripada orang yang membaca sebanyaknya zikir ini.
Selain itu, antara fadilat besar zikir ini adalah ganjarannya menyamai dengan pahala membebaskan 10 orang hamba. Dalam sebuah hadis sahih yang lain, Rasulullah SAW pernah bersabda berkenaan pahala bagi orang yang membebaskan hanya SEORANG hamba;
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda :
مَنْ أَعْتَقَ رَقَبَةً أَعْتَقَ اللَّهُ بِكُلِّ عُضْوٍ مِنْهَا عُضْوًا مِنْ أَعْضَائِهِ مِنَ النَّارِ حَتَّى فَرْجَهُ بِفَرْجِهِ
“Barangsiapa yang membebaskan seorang hamba, Allah akan membebaskan setiap anggota badannya daripada neraka sehingga dia terselamat dengannya.”
(HR al-Bukhari, hadis sahih)
b)
Daripada Ali Bin Abi Thalib a, beliau berkata: Kebanyakan doa yang diucapkan Rasulullah ` pada hari Arafah di tempat wuquf adalah:
اللهَُمَ لكََ الْحمَدُْ كَالذَِي نقَُولُ وَخَيْرًا مِماَ نقَُولُ اللهَُمَ لكََ صَلاَتِي وَنسُُكِي وَمَحْياَيَ وَممَاَتِي
وَِإليَْكَ مَآبِي وَلكََ رَ ب ترَُاثِي اللهَُمَ إِني أَعُوذُ بكَِ مِنْ عذََابِ القَْبْرِ وَوَسْوسََةِ ال صَدْرِ
وَشَتاَتِ الْأَمْرِ اللهَُمَ إني أَعُوذُ بكَِ مِنْ شرَ مَا تَجِيء بهِِ الر يح
Maksudnya: “Ya Allah, segala puji bagi-Mu seperti yang kami ucapkan, dan lebih baik daripada apa yang kami ucapkan. Ya Allah, untuk-Mu solatku, ibadah hajiku, hidupku dan matiku. Kepada-Mu aku akan kembali, dan milik-Mu wahai Tuhanku kekayaanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan kubur, keraguan hati, serta kekacauan urusanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang dibawa oleh angin.”َ [Riwayat Imam Tirmizi]