September 29, 2023

Profil Pondok

PUSAT PENTADBIRAN
Madrasah ini mempunyai sebuah pejabat di mana ia digunakan untuk pentadbiran madrasah, pendaftaran pelajar, mesyuarat, menyambut tetamu dan beberapa tugas berkaitan. Ia dikendali oleh petugas tetap dibantu oleh Lajnah Penerangan & Penerangan, Lajnah Pelajaran dan ahli jawatankuasa Majlis Syura Pelajar

Majlis Syura Pelajar (MSP) sendiri turut mempunyai pejabat untuk beroperasi dalam menguruskan pentadbiran peringkat pelajar. Jawatankuasa muslimat turut mempunyai pejabat tersendiri bagi mengawal dan mengurus bahagian muslimat

Begitu juga Lajnah Perhubungan dan Penerangan diberikan ruang pejabat khusus bagi memudahkan pergerakan aktiviti dan program yang dijalankan dari masa ke semasa

Bagi melicinkan pembangunan dan pentadbiran maka pihak madrasah telah memberikan pejabat khas bagi Jawatankuasa Khas Pembangunan Pondok untuk menggerakan gerak kerja bahagian ini

Pihak madrasah turut merancang untuk membina bilik guru bagi memudahkan sebarang aktiviti pengajaran di mana setakat ini guru hanya menggunakan pejabat pentadbiran bagi semua aktiviti yang bersangkutan

KOMUNITI PENDUDUK

Madrasah ini mempunyai jumlah bilangan penduduknya seramai 1000 orang sebagaimana maklumat di bawah :

* 500 orang penduduk termasuk guru dan keluarga serta orang tua dan kelamin
* 400 orang pelajar lelaki
* 100 orang pelajar perempuan

KELUASAN DAN PENEMPATAN

Ia  merangkumi kawasan seluas 10 ekar dengan tanah wakaf milik madrasah seluas ¾  ekar manakala selebihnya milik persendirian. Ia menampung lebih kurang 800 unit rumah dan pondok di mana ia terbahagi kepada beberapa kawasan yang merangkumi :

* Rumah Tuan Guru, tenaga pengajar dan keluarga
* Pondok orang-orang tua
* Pondok pelajar lelaki
* Pondok pelajar perempuan

*Asrama pelajar lelaki

*Asrama pelajar muslimat
* Pondok keluarga
* Pejabat pentadbiran
* Masjid dan surau-surau untuk pengajian
* Tanah perkuburan Islam