Beliau merupakan anak kelahiran Kuala Berang, Terengganu. Beliau dilahirkan pada tanggal 30/8/1953
Beliau mendapat pendidikan awal Sekolah Kebangsaan Kg. Telaga, Kuala Berang, Terengganu bermula dari darjah 3 hingga darjah 6. Walau pun jarak antara rumahnya dengan sekolah agak jauh iaitu lebih 4 kilometer tetapi beliau hanya berjalan kaki.
Beliau mula belajar di Pondok Pasir Tumboh, Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1968 iaitu selepas banjir besar tahun 1967. Beliau hanya belajar di Pondok Pasir Tumbuh hingga mendirikan rumah tangga dengan anak Tuan Guru Hj. Mustafa salah seorang pengasas pondok ini.
Minat yang mendalam dalam ilmu Nahu membolehkan dalam masa tiga bulan sahaja beliau dapat menguasai ilmu Nahu dan seterusnya dapat mengajar kitab nahu bermula dengan Matan Ajrumiah.
Kini beliau dipertanggungjawab untuk mengganti kuliah tafsir al-Jalalain yang pernah dibaca oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Hashim b Abu Bakar
Beliau telah mendiri rumahtangga pada tahun 1975 dengan Che Salma binti Tuan Guru Hj Mustafa setelah bertunang selama dua tahun dan mendapat 6 orang anak di mana anaknya yang sulung mati setelah dilahirkan.
Anak beliau ialah :
- Siti Ruhaila kelulusan Universiti Islam Antarabangsa dan kini berkhidmat sebagai guru di Sarawak
- Sa’adatul Mardhiah kelulusan Universiti Malaya dan kini berkhidmat sebagai guru di Sabah
- Mohd Taufiq kelulusan Universiti Darul Iman, Terengganu dan kini berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
- Pauzul Hanif kelulusan Universiti Islam Antarabangsa dan kini berkhidmat sebagai Arkitek
- Anak bongsu beliau Nur Wahida kelulusan Universiti Sains Malaysia dan kini berkhidmat sebagai Doktor gigi dan pembedahan di Hospital Terengganu
Jawatan yang pernah disandang ialah
- Imam Muda Masjid Mukim Terusan Limbat, Pondok Pasir Tumboh hingga tahun 2010
- Bendahari Pondok Pasir Tumboh hingga tahun 2011
- Pengerusi Lajnah Pelajaran Pondok Pasir Tumboh hingga tahun 2008
Manakala jawatan yang sedang beliau sandang sekarang ini iaitu
- Bendahari Masjid Mukim Terusan Limbat, Pondok Pasir Tumboh
- Bendahari Pusat Pembangunan Pondok Berhad mula tahun 2000
- Ahli jawatankuasa Kulliyyah Pondok Darulnaim
- Penguasa 3 Pondok Pasir Tumboh mulai 2012
Tokoh Murabbi Pondok Pasir Tumboh bagi tahun 1436H/2015M yang dimaksudkan ialah al-Fadhil Tuan Guru Haji Abu Bakar b Hj Osman, Penguasa 3 Madrasah merangkap Timbalan Mudir 2