Terjemahan dan ringkasan Kitab Hadis Lu’Lu’ dan Marjan disertakan sedikit keterangan
Daripada Ibnu Umar r.a.:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِي غَزْوَةِ خَيْبَرَ : مَنْ أَكَلَ مِنْ هذِهِ الشَّجَرَةِ يَعْنِي الثُّومَ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مَسْجِدَنَا
Ertinya: “Sungguhnya Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda pada peperangan Khaibar: Barang siapa memakan akan pokok ini yakni bawang putih maka jangan dia mendekati akan masjid kami.”
Dan diriwayatkan daripada Abdul ‘Aziz beliau berkata:
سَأَلَ رَجُلٌ أَنَسًا مَا سَمِعْتَ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الثُّومِ فَقَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ أَكَلَ مِنْ هذِهِ الشَّجَرَةِ فَلاَ يَقْرَبْنَا أَوْ لاَ يُصَلِّيَنَّ مَعَنَا
Ertinya: “Telah bertanya oleh seorang lelaki akan Anas r.a.: Apa yang kamu dengar akan Nabi sollalahu alaihi wasallam pada bawang putih lalu Anas berkata: Telah bersabda oleh Nabi sollalahu alaihi wasallam: Barang siapa makan daripada ini pokok maka jangan dia menghampiri akan kami atau jangan dia solat bersama kami.”
Keterangan
Hadis-hadis ini datang pada menerangkan larangan datang ke masjid oleh orang yang makan bawang putih dan seumpamanya.
Larangan datang ke masjid selepas makan bawang
Masjid adalah tempat yang paling mulia dari segala tempat yang ada di atas muka bumi maka dari kerana itulah sangat dianjurkan menjaga akan kebersihannya dari segala kotoran dan bau yang tidak enak.
Rasullullah sollalahu alaihi wasallam telah bersabda:
أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللهِ مَسَاجِدُهَا
Ertinya: “Tempat yang paling dikasihi Allah ialah segala masjid.” (Hadis riwayat Muslim)
Oleh kerana itulah syarak sangat menganjurkan dijaga kebersihannya sehinggakan orang yang hendak datang ke masjid dituntut pula datang dalam keadaan bersih dan wangi.
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. beliau berkata:
أَمَرَ رَسُول اللهِ صلى اللهُ عليه وسلَّم بِبِنَاءِ الْمَسَاجِدِ فِي الدُّورِ وَأَنْ تُنَظَّفَ وَتُطَيَّبَ
Ertinya: “Telah menyuruh oleh Rasulullah sollalahu alaihi wasallam dengan membina segala masjid di tempat yang ada penduduk dan bahawa dibersihkan dan diwangikan.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Pada dua hadis ini Nabi sollallahu alaihi wasallam melarang siapa yang baru lepas makan bawang putih datang ia ke masjid kerana akan masuk bersama yang datang itu oleh bau yang tidak enak.
Pada riwayat yang pertama Nabi sollallahu alaihi wasallam berpesan ketika peristiwa perang Khaibar:
مَنْ أَكَلَ مِنْ هذِهِ الشَّجَرَةِ يَعْنِي الثُّومَ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مَسْجِدَنَا
Ertinya: “Barang siapa memakan akan pokok ini yakni bawang putih maka jangan dia mendekati akan masjid kami.”
Khaibar adalah nama satu tempat yang terletak di utara Kota Madinah dan persitiwa pertempuran Khaibar berlaku pada tahun ke tujuh Hijrah di antara tentera Islam dan orang-orang yahudi.
Dan pada riwayat yang kedua daripada Abdul ‘Aziz yakni Abdul ‘Aziz bin Suhaib Al-Banani Al-Basri daripada Anas bin Malik r.a. daripada Nabi sollalahu alaihi wasallam bersabda:
مَنْ أَكَلَ مِنْ هذِهِ الشَّجَرَةِ فَلاَ يَقْرَبْنَا أَوْ لاَ يُصَلِّيَنَّ مَعَنَا
Ertinya: “Barang siapa makan daripada ini pokok maka jangan dia menghampiri akan kami atau jangan dia solat bersama kami.”
Yang dimaksudkan dengan pokok pada hadis ini yaitulah pokok bawang putih.
Berkata Imam Al-Hafiz Al-Qastallani:
(من أكل من هذه الشجرة) أي الثوم (فلا يقربنا) بفتح الراء والموحدة وبنون التأكيد المشددة (ولا يصلّين معنا)
Ertinya: “(Barang siapa makan daripada ini pokok) ertinya bawang putih (maka jangan dia mendekati kami) dengan fathah huruf ra’ (dan jangan dia solat bersama kami).” (Kitab Irsyad As-Sari Syarah Sahih Al-Bukhari)
Dan sebahagian riwayat menyebut bersama bawang putih akan bawang besar.
Imam Bukhari meriwayatkan di dalam sahihnya daripada Jabir bin Abdullah r.a. beliau berkata: Telah bersabda oleh Rasulullah solallahu alaihi wasallam:
مَنْ أَكَلَ ثُومًا أَوْ بَصَلًا فَلْيَعْتَزِلْنَا، أَوْ لِيَعْتَزِلْ مَسْجِدَنَا، وَلْيَقْعُدْ فِي بَيْتِهِ
Ertinya: “Barang siapa makan ia akan bawang putih atau bawang besar maka hendaklah dia menjauhi kami atau menjauhi masjid kami dan hendaklah dia duduk di dalam rumahnya.”
Dan ulamak mengkiaskan akan larangan mendatangi masjid dengan segala tempat yang lain sama ada untuk beribadah atau menuntut ilmu atau berzikir atau seumpamanya.
Berkata Imam Nawawi:
قَالَ الْقَاضِي وَقَاسَ الْعُلَمَاءُ عَلَى هَذَا مَجَامِعَ الصَّلَاةِ غَيْرَ الْمَسْجِدِ كَمُصَلَّى الْعِيدِ وَالْجَنَائِزِ وَنَحْوِهَا مِنْ مَجَامِعِ الْعِبَادَاتِ وَكَذَا مَجَامِعُ الْعِلْمِ وَالذِّكْرِ وَالْوَلَائِمِ وَنَحْوِهَا وَلَا يَلْتَحِقُ بِهَا الْأَسْوَاقُ وَنَحْوُهَا
Ertinya: “Telah berkata Al-Qadhi: Dan mengkiaskan oleh ulamak atas ini akan sekalian tempat perhimpunan solat selain masjid seperti tempat solat hari raya dan segala jenazah dan seumpamanya dari sekalian tempat berhimpun segala ibadah dan seperti demikian juga sekalian tempat perhimpunan ilmu dan zikir dan sekelian tempat kenduri dan seumpamanya dan tidak menghubungkan mereka dengannya akan segala pasar dan seumpamanya.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)
Sebab larangan makan bawang
Berkata ulamak bermula sebab dilarang orang yang makan bawang atau yang seumpamanya itu datang ke masjid ialah kerana baunya yang tidak enak atau busuk maka bau yang tidak enak itu mengganggu akan manusia dan tidak patut dibawa masuk ke dalam tempat yang mulia yaitu masjid.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Nabi sollalahu alaihi wasallam bersabda:
وَلَا يُؤْذِيَنَّا بِرِيحِ الثُّومِ
Ertinya: “Jangan menyakiti akan kami dengan bau bawang putih.”
Dan pada riwayat Ibnu Majah:
مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ، الثُّومِ، فَلَا يُؤْذِينَا بِهَا فِي مَسْجِدِنَا هَذَا
Ertinya: “Barang siapa makan ia daripada ini pokok iaitu bawang putih maka jangan dia menyakiti akan kami dengannya pada masjid kami ini.”
Dan diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. sabda Nabi sollalahu alaihi wasallam:
فإنَّ الملائكةَ تتأذَّى مما يتأذَّى منه بنو آدمَ
Ertinya: “Maka kerana sungguhnya malaikat pun tersakiti daripada perkara yang tersakiti daripadanya oleh manusia.” (Hadis riwayat Imam Bukhari)
Maksudnya apabila manusia terganggu dengan sebab bau yang tidak enak nescaya para malaikat juga turut sama terganggu dengannya.
Kemudian ulamak berselsisih pada masjid mana yang dilarang dalam hadis tersebut maka berjalan oleh jumhur ulamak kepada umum sekalian masjid dan sebahagiannya pula mengkhususkan dengan masjid Nabawi sahaja.
Berkata Imam As-Suyuthi:
قَالَ النَّوَوِيّ فَذهب بعض الْعلمَاء الى أَن النَّهْي خَاص لمَسْجِد رَسُول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بقوله مَسْجِدنَا وَالْجُمْهُور على أَنه عَام لكل مَسْجِد لما ثَبت فِي بعض الرِّوَايَات فَلَا يقربن الْمَسَاجِد
Ertinya: “Berkata Imam Nawawi: Maka telah berjalan oleh sebahagian ulamak kepada bahawa larangan itu ialah khusus bagi masjid Rasulullah sollallahu alaihi wasallam sahaja dengan sebab sabdanya masjid kami. Dan jumhur ulamak berjalan atas bahawasanya ia umum bagi sekalian masjid kerana sabit pada sebahagian riwayat maka jangan dia mendekati akan segala masjid.” (Kitab Syarah Sunan Ibnu Majah)
Ketahuilah bahawasanya yang dilarang pada hadith-hadith ini ialah selepas memakannya terus datang ke masjid dengan membawa sekali bau yang kurang enak yang terhasil daripadanya.
Adapun memakan bawang itu sendiri maka hukumnya adalah halal dan larangan pada bab ini ialah larangan makruh bukannya haram.
Berkata Syeikh Ali Mulla Al-Qari Al-Hanafi:
مَنْ أَكَلَ ثُومًا أَوْ بَصَلًا فَلْيَعْتَزِلْنَا، فَدَلَّ عَلَى الْإِبَاحَةِ فَالنَّهْيُ مَحْمُولٌ عَلَى التَّنْزِيهِ
Ertinya: “Sabdanya barang siapa makan akan bawang putih atau bawang besar maka hendaklah dia menjauhi kami maka ia menunjukkan atas harusnya kemudian larangannya itu ditanggung atas makruh.” (Kitab Mirqah Al-Mafatih)
Dan larangan memakannya itu adalah umum sama ada dalam waktu solat atau bukan dalam waktu solat.
Berkata Syeikh Ibnu ‘Allan:
ولو في غير أوقات الصلاة، لأن الملائكة تتأذى مما يتأذى منه بنو آدم
Ertinya: “Dan walaupun pada bukan waktu-waktu solat kerana sungguhnya malaikat tersakiti dari perkara yang tersakiti daripadanya manusia.” (Kitab Dalil Al-Falihin)
Telah sabit pada riwayat daripada Abu Said Al-Khudri r.a. adalah Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda:
مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ الْخَبِيثَةِ شَيْئًا، فَلَا يَقْرَبَنَّا فِي الْمَسْجِدِ. فَقَالَ النَّاسُ : حُرِّمَتْ، حُرِّمَتْ. فَبَلَغَ ذَاكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّهُ لَيْسَ بِي تَحْرِيمُ مَا أَحَلَّ اللهُ لِي وَلَكِنَّهَا شَجَرَةٌ أَكْرَهُ رِيحَهَا
Ertinya: “Barang siapa makan olehnya akan suatu daripada ini pokok yang tidak enak baunya maka janganlah dia mendekati kami pada masjid. Kemudian berkatalah manusia: Telah diharamkan telah diharamkan. Kemudiannya sampai yang demikian itu akan Nabi sollallahu alaihi wasallam lalu bersabda: Tidaklah aku mengharamkan suatu yang dihalalkan oleh Allah bagiku akan tetapi ia adalah pokok yang aku tidak menyukai baunya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Berkata Imam Nawawi:
إِنَّ هَذَا النَّهْيَ إِنَّمَا هُوَ عَنْ حُضُورِ الْمَسْجِدِ لَا عَنْ أَكْلِ الثَّوْمِ وَالْبَصَلِ وَنَحْوِهِمَا فَهَذِهِ الْبُقُولُ حَلَالٌ بِإِجْمَاعِ مَنْ يُعْتَدُّ بِهِ وَحَكَى الْقَاضِي عِيَاضٌ عَنْ أَهْلِ الظَّاهِرِ تَحْرِيمَهَا لِأَنَّهَا تَمْنَعُ عَنْ حُضُورِ الْجَمَاعَةِ وَهِيَ عِنْدَهُمْ فَرْضُ عَيْنٍ
Ertinya: “Sungguhnya larangan pada masalah makan bawang ini hanyalah daripada menghadiri akan masjid bukannya larangan dari memakan bawang putih dan bawang besar dan yang seumpama keduanya. Maka sekalian jenis tumbuhan ini halal dengan ijmak mereka yang diambil kira dengannya. Dan telah menghikayat oleh Al-Qadhi ‘Iyadh daripada ahli zahir akan pengharamannya kerana sungguhnya ia menghalang dari hadir berjemaah dan ia di sisi mereka adalah fardu ain.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)
Kemudian berkata ulamak jika selepas makan bawang jadi hilang bau busuknya itu dengan sebab berkumur atau bersugi atau kerana lama masa atau jenis bawang yang tidak berbau atau seumpamanya maka terangkatlah larangan mendatangi akan masjid.
Telah sabit pada hadis Imam Muslim daripada Abdullah bin Umar r.a. Nabi sollallahu alaihi wasallam telah bersabda:
مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الْبَقْلَةِ فَلَا يَقْرَبَنَّ مَسَاجِدَنَا حَتَّى يَذْهَبَ رِيحُهَا يَعْنِي الثُّومَ
Ertinya: “Barang siapa makan daripada ini pokok maka jangan dia mendekati segala masjid kami sehingga hilanglah baunya yakni bawang putih.”
Dan apabila telah diketahui dilarang orang yang makan bawang datang ke masjid kerana bau mulutnya maka turut dilarang ialah memakan setiap yang menghasilkan bau yang tidak enak dan busuk.
Dan kata sebahagian ulamak makruh makan bawang itu ialah dalam keadaan mentah kerana terhasil bau yang tidak enak maka apabila telah dimasak nescaya tidak lagi makruh memakannya kerana tiada lagi bau tersebut.
Diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a. secara marfu’:
لَا تَأْكُلُوا الْبَصَلَ النِّيءَ
Ertinya: “Jangan makan oleh kamu sekalian akan bawang yang mentah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dan memang kebiasaannya bawang yang berbau tidak enak itu apabila dimasak akan hilang bau tersebut.
Berkata Syeikh Ali Al-Qari:
وَقَالَ الطِّيبِيُّ: قَدْ بُيِّنَ فِي حَدِيثِ أَبِي أَيُّوبَ عَلَى مَا سَبَقَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَكْرَهُهُ لِأَجْلِ رِيحِهِ، وَمَا كَانَ مَطْبُوخًا، وَلَا سِيَّمَا الْبَصَلُ لَمْ يَكُنْ لَهُ رَائِحَةٌ
Ertinya: “Dan telah berkata oleh At-Tibi: Sungguh telah diterangkan pada hadis Abi Ayyub atas barang yang telah lalu bahawasanya Rasulullah sollalahu alaihi wasallam adalah baginda tidak menyukainya kerana baunya dan barang yang dimasak istimewa pula bawang nescaya tidak ada lagi baginya bau.” (Kitab Mirqah Al-Mafatih)
Berkata Imam Nawawi:
قَالَ الْعُلَمَاءُ ويلحق بالثوم والبصل والكراث كل ماله رَائِحَةٌ كَرِيهَةٌ مِنَ الْمَأْكُولَاتِ وَغَيْرِهَا قَالَ الْقَاضِي وَيَلْحَقُ بِهِ مَنْ أَكَلَ فُجْلًا وَكَانَ يَتَجَشَّى قال وقال بن الْمُرَابِطِ وَيَلْحَقُ بِهِ مَنْ بِهِ بَخَرٌ فِي فِيهِ أَوْ بِهِ جُرْحٌ لَهُ رَائِحَةٌ
Ertinya: “Telah berkata oleh ulamak dihubungkan dengan bawang putih dan bawang besar dan daun bawang akan sekalian benda yang ada baginya bau yang tidak disukai dari sekalian yang dimakan dan lainnya. Telah berkata Al-Qadhi dan menghubungkan dengannya akan mereka yang memakan akan lobak dan sendawa. Katanya telah berkata Ibnu Al-Murobith dan menghubungkan dengannya akan orang yang dengannya ada bau dalam mulutnya atau dengannya ada kudis yang ada baginya bau busuk.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)
Maka barang siapa yang telah memakan ia akan bawang putih atau bawang besar atau makanan atau minuman yang menyebabkan bau yang tidak enak pada mulutnya nescaya sunat dia bersihkan mulutnya itu dengan bersugi dan berkumur sebelum datang ia ke masjid dan segala tempat orang berkumpul kerana apabila telah hilang ilat dilarang datang ke masjid sebab sudah bersih mulutnya maka hilang juga hukum larangannya.
Dan demikian lagi jika orang yang makan bawang itu hilang bau busuk dari mulutnya sebelum masuk ke dalam masjid kemudian masuk ia ke dalamnya nescaya tidak lagi dilarang ke atasnya.
Berkata Imam Nawawi:
يُكْرَهُ لِمَنْ أَكَلَ ثُومًا أَوْ بَصَلًا أَوْ كُرَّاثًا أَوْ غَيْرَهَا مِمَّا لَهُ رَائِحَةٌ كَرِيهَةٌ وَبَقِيَتْ رَائِحَتُهُ أَنْ يَدْخُلَ الْمَسْجِدَ مِنْ غَيْرِ ضَرُورَةٍ
Ertinya: “Dimakruhkan bagi siapa yang makan akan bawang putih atau bawang besar atau daun bawang atau lainnya dari perkara yang ada baginya bau yang keji dan berkekalan baunya itu bahawa masuk ia akan masjid dari ketiadaan darurah.” (Kitab Al-Majmuk)
Maksudnya jika tidak berkekalan baunya yakni hilang bau yang keji itu sebelum masuk ke dalam masjid maka tiada lagi makruh ke atasnya masuk ke dalamnya.
Wallahua’lam